YESTERDAY'S PROMISES

By call me cherry - April 28, 2020

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah 6 hari kita berpuasa guys. Semoga Ramadan kali ini masih meriah disamping keluarga tercinta. Hari ini sepupu besaq sistur text sistur berkenaan janji barangkali 15 tahun lepas. Sewaktu sis giat meminta-minta saudara-mara jika sis mendapat keputusan baik dalam peperiksaan, sis mahu reward. 

Alhamdulillah, 
Ada yang tidak berjanji tetapi memberi. Thank you.

Sis sendiri simpan janji terutama daripada atuk sis sendiri dengan niat semoga Allah pertemukan kami di akhirat nanti dengan harapan untuk menuntut janji. Specifically, di tempat indah. Semoga Allah mengurniakan kita syurgaNya.

Kadang-kadang sis tak ingat kalau ada sesiapa berjanji dengan sis terutama soal-soal besar.

Tapi, tiba-tiba sis tersedak. Sis tak patut memohon sesuatu sementara daripada dunia untuk dibawa ke tempat kekal kerana semestinya ada yang lebih baik menanti. Bila sesesorang berjanji dan dia masih mengingati kerana tidak dapat menunaikan janji, sis rasa bersalah. Maka, sis relakan.

Sis maafkan. Dan sis gantikan dengan ini. Kahkah.

Sumber : Majalah Sains

SELAMAT BERPUASA!




  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan