The Power of Sadakah

By call me cherry - June 01, 2017

Adakah anda pernah bersedekah RM50 kerana merasakan itu nilainya RM1?

Adakah anda merasa seronok selepas bersedekah?

Adakah anda berfikir sedekah hanyalah menyumbang duit sahaja?

credit :google

3 perkara yang akan dibawa oleh orang-orang yang meninggal dunia :
- Doa anak soleh
- Ilmu baik yang disebarkan
- Sedekah dan amal jariah


Jangan merendahkan kuasa sedekah kerana amalan ini membantu amal kita di akhirat kelak. Sedekah tidak membuatkan kita miskin malah, sedekah membantu kita untuk jadi lebih kaya. Yakinlah dengan janji Allah kerana Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Tidak luak untuk memberi kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pusat-pusat ilmuan, masjid, surau, mualaf dan sebagainya. Malah Allah menggandakan rezeki kita. Solat dhuha juga amat digalakkan untuk membuka seribu pintu rezeki buat kita. Jika kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri kepada kita, nescaya ia tidak mencukupkan. Bahkan setiap rezeki yang diperolehi bukanlah hak kita melainkan apa yang kita sedekahkan. 

Jika kita bekerja untuk RM2000 padahal dibayar RM1000, maka rezeki Nya akan dicukupkan dibahagian lain ; sihat tubuh badan, tiada hutang, mampu beribadah, ada anak-anak yang berjaya, hati yang tenang, solat yang khusyuk. Rezeki Allah tidak terbatas. Bersyukurlah dan bergantunglah hanya kepadaNya kerana kita adalah selemah-lemah manusia. Tapi jangan lupa berusaha dan selebihnya tawakal. Tawakal tanpa usaha adalah sia-sia. Sedekah boleh jadi dalam bentuk makanan, barang keperluan dan duit. 

Sedekah yang diberi oleh tangan kanan sebaiknya dirahsiakan daripada tangan kiri. Supaya tidak timbulnya riak dan takbur dalam menuju rahmat Allah. Semoga kita diberi kesempatan untuk berbuat lebih kebaikan sesama manusia. 


Yang benar,
love.:*


  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan