Pentingkah SOP?

By call me cherry - June 01, 2017

Apakah yang dimaksudkan dengan SOP?

STANDARD OPERATING PROCEDURE


Apakah anda fikir SOP penting?

Ya. Kita hidup dalam satu kehidupan yang memerlukan tujuan dan fungsi tertentu untuk kekal relevan. ewah. Bahasa apa ni? Andai kata anda tidak bekerja untuk akhirat, adakah anda fikir anda akan dilahirkan ke dunia, bersaing dengan 70,000 kembar-kembar anda untuk implantation? Adakah anda fikir tuhan akan memberi kesempatan kepada anda jika Dia tahu anda akan membinasakan diri anda sendiri? 

Selepas lahir, anda akan belajar merangkak, berjalan, berlari dan mengejar. Itu SOP kehidupan. Anda tidak akan terus-terus merangkak. Ada procedure tertentu yang perlu dijalani dan diikuti dalam kehidupan. Jika anda skip step penting, ada natijah atau kesan. Macam orang accident, patah tulang. Pertama sekali kene x-ray. Kalau la sampai-sampai hospital terus undergo operation. Apa anda fikir akan berlaku? Dr tahu di mana nak masukkan plate? Berapa banyak? Sama macam buat kek. Kalau anda tidak masukkan sodium bicarbonate dan serbuk penaik sebelum bake, adakah kek anda akan gebu? 

Jadi, berpandulah kepada tujuan sebenar dalam setiap perkara. Kita bukannya mahu impress orang lain, buat perlahan-lahan pun tidak mengapa. Ada orang merangkak 7 bulan, ada merangkak 10 bulan. Kita lalui SOP, cuma take your time. 

Give your heart a break if you are tired, but never give up. 

SOP setiap orang akhirnya adalah sama, kembali kepada-Nya. Itu fitrah SOP dunia. Maka, janganlah bertindak seperti tuhan, menilai orang lain. Lainlah kalau anda bos yang mengambil pekerja. 


Yang benar, 
Love :*

  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan