sayat.me /Ask.fm : Adakah anda percayakan diri sendiri?

By call me cherry - May 30, 2017

Petition untuk penutupan sayat.me melalui bit.ly/2rvfNNI dijalankan disebabkan bukti pembunuhan diri kerana 'cyber bullying'. Orang tidak dikenali boleh meninggalkan komen mengenai anda tanpa didedahkan sebarang info berkaitan pemberi.  

Bagaimana rasanya diberitahu bahawa anda adalah pembawa malang dan boleh pergi mati?
Bagaimana rasanya diberitahu anda hodoh?
Bagaimana rasanya diberitahu anda bahawa kawan-kawan anda sebenarnya pura-pura baik dengan anda untuk lulus dalam semester?
Bagaimana rasanya diberitahu anda akan gagal dalam hidup?

Sakit. 

Sebagai orang Islam, kita mungkin cuba mengawal diri untuk menerima kekurangan kita kononnya. Tetapi kita akan menjadi kurang yakin dengan diri sendiri untuk berdepan dengan sekeliling. 



Adakah anda percayakan orang lain lebih daripada anda percayakan diri anda sendiri?

Mungkin anda berperasaan untuk crush meluahkan perasaan kepada anda. Hakikatnya, jika kita tidak memberitahu bahawa diri kita cantik di hadapan cermin, tiada siapa yang akan memberitahu kita cantik. Jika membabitkan orang lain dalam ketidaksempurnaan kita, kita akan merendah diri sampai bila-bila. Amalina Che Bakri. Dipuja kerana straight A SPM. Dikejam kerana penampilan. Tetapi adakah kata-kata masyarakat akan memberinya sesuap nasi? Adakah pandangan masyarakat akan menjadikan dia seorang doktor? Adakah tohmahan sekeliling akan menjadikan dia seorang houseman yang memasuki surgeon hall dan menghasilkan kaedah baru untuk merawat kanser ovari? TIDAK. Masyarakat mengecam. Masyarakat menjadi juri. 


Jadi. berkawanlah dengan diri sendiri dahulu. Bina hubungan dengan orang-orang yang rapat dengan kita supaya mereka faham kita. Binalah hubungan dengan Maha Esa. Sekurang-kurangnya, bila kita merasa sedih, walaupun tiada yang menyokong, tiada yang mengungkit. Setiap ujian Allah, ada rahmat disebaliknya. bersyukurlah sakit jadi penyebab penyembuh dosa. 

Percaya diri sendiri.  Anda adalah anda!


Yang Benar,
cantik. :*

  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan