Hijab : Antara tuntutan dan keikhlasan

By call me cherry - May 30, 2017

Berhijab?
Ada orang pakai tudung tapi pakai jeans.
Ada orang pakai shawl tapi seluar longgar.
Ada orang pakai ikut badan.
Ada orang suka silangkan tudung.
Ada orang pakai tudung nampak rambut.

Menutup aurat adalah wajib. Jika tiada tudung, bak kata UIA boleh pakai baldi letak atas kepala. Penafsiran longgar, jarang, singkat adalah berbeza bagi setiap individu. Dia kurus, maka m adalah longgar. Dia gemuk, maka xl adalah longgar. Tapi jika dia gemuk dan m adalah longgar, maka definisi hijab adalah lain baginya. Jika kita tidak mahu menjadikan tuntutan itu satu keikhlasan, jangan pula kita menarik orang lain untuk berjuang dengan pemikiran kita. 

Jika kita tidak mampu membuatkan dia dekat dengan Allah, jangan pula kita menjauhkan dia daripada ajaran Islam itu sendiri. Jika kita sudah sedaya upaya menasihati dia dan dia tidak mahu mendengar, itu adalah antara urusan dia dengan Allah. Kita siapa untuk mencampuri? Sebaiknya tonjolkanlah kita berjaya dengan Islam. Mendoakan walau selemah-lemah perkara, sekurang-kurangnya Allah itu pembuka hati yang lalai. Bukan tiada hidayah, barangkali hidayah tidak menembusi hatinya. Kita yang imannya sebesar sagu ini cuba istoqamah dan perbaiki kelemahan diri. 

Saya sendiri tidak pasti sama ada menjadikan Islam itu sendiri sebagai gaya hidup atau keikhlasan yang dipermainkan. Saya juga manusia. Saya tidak sempurna dimata manusia. Bagaimana untuk kelihatan sempurna di mata Ilahi bila Islam tidak dijadikan cahaya didalam hati? Jangan memperbesarkan kesalahan orang lain jika kita mahu Allah menyembunyikan aib kita. 

Sama-sama menasihati untuk mengejar akhirat. Semoga kita terus didalam rahmatNya. Semoga ramadan kali ini memberi erti. Semoga tuhan merahmati dan melindungi. 


Yang Benar,
Love :*



  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan