Fairy Tale : A True Story 2

By call me cherry - May 29, 2017

Form 3 dah dekat sekolah dekat Felda. Dapat tusyen percuma dengan lecturer yang hebat dah cukup bersyukur. Ustazah suriani ni paling sekejap ajar PI. Tapi dia hafal semua no plat cikgu sekolah. Kagum gila rasa. Sorang lagi senior atas aku. Dia hafal nama menteri dengan jawatan sekali. Aku biasa-biasa je. Buat ABM pasal menses circulation pun dah bangga. Form 3 aku hari-hari bawak buku pergi perhimpunan kot. Punya rajin. Tapi tak jadi habit lepas form 4. Form 4 jadi pengawas sampai form 5. aku ni boleh la lagi lari 100m, pass baton bagai. Lepas habis high school je, Mampu pass makanan daripada meja ke ruang tamu je. 

2003 ? Antara aku dengan Allah je. 

Tapi aku pernah baca diary. diary yang buat aku rasa aku nak koyakkan hati aku sekarang. Walaupun tak kuat hadapi, sekurang-kurangnya boleh kurangkan beban. Waktu ni aku nak Diana and the clan tahu bahawa aku rasa betul-betul tersungkur. Tapi tak sesungkur Haji dada yang kental gila. 

Dia tak boleh bernafas dengan masalah, tapi dia tak mengalah. 

Dia tak tunjuk dia kuat, tapi aku tak pernah tengok dia menangis. Dia bagi tanggungjawab kita dekat orang yang boleh bantu kita. Sementara tu Allah bantu dia. Aku takkan lupa sesetengah semangat yang angkat aku sampai sekarang. Jadi, aku berharap korang bersyukur dengan kehidupan ni. Bersyukur macam mana Allah bagi kita peluang untuk bersedia untuk akhirat. Kalau tak sayang diri sendiri, tolong fikir Hajah dengan Haji dada. 

Tahu kenapa aku suka bebel? Sebab itu satu-satunya tanda aku berkomunikasi. Untuk bagitahu benda yang itu betul, benda yang itu salah. Aku bergurau dengan nada sinis. Aku suka menempelak. Aku jarang cakap benda betul pun melainkan nak comfortkan korang dan supaya korang tak bertanya sejuta kali benda yang korang dah faham. Kalau tak faham, kita kasi kiss satu kali supaya faham. Cara mudah. 

Aku masuk matrik. Setahun tapi seronok. Burger HongKong, Teja, Blackman, koop, derma darah dekat lib, bistro, astaka, lecture hall sejuk serupa England, lecturer garang, zaman kedua selekeh selepas high school. M17B. First time exam waktu puasa. Taman Herba. Still jumpa makcik alia lagi. Haha. Sini ada banyak orang hebat.  Dayah dah haouseman kot. tasnim entah la. amin memang perangai macam tu sejak dulu. farizan dah tunang. suhada pun kerja. aween pun tak pasti. salmi dah pandai make up. lain lost social media contact. 

Hidup satu percaturan.

Zaman matrik zaman rm1250 untuk 6 bulan. Tapi tak pasti macam mana boleh beli cadbury lagi setiap minggu. 

Zaman degree. Ni dah 5 tahun berlalu nanti baru boleh flashback semula. Aku bukan buat luahan perasaan ke, stress ke, apa ke. Sekadar berkongsi saat-saat sekejap yang bagi makna pada aku. Aku tak penat pun. Cuma cari ruang untuk rasa balik dulu-dulu. Tipu la kalau kata tak penat. Tapi aku suka terbayang kalau korang dapat rasa apa yang buat aku gembira. Aku akan bercerita sampai esok pagi. Aku minta maaf kalau aku nampak macam tak kisah dengan emosi korang. Tak bertanya keadaan korang. Mungkin cara kita ambil berat lain-lain. 

Kalau rasa lelah, berhenti seketika. Bukan selamanya. Sebab Haji dada buat benda yang dia suka hampir 30 tahun. Dia mengeluh? Ya. Dia nak berhenti? Ya. Tapi tengok apa dia buat? Dia masih buat benda yang dia buat 30 tahun lepas. Dia masih ingat nota tahun pertama zaman degree dia. Aku kagum gila dengan Haji dada. Perangai King tahap petala lapan. Dia bangga dengan diri dia. Jadi aku rasa bangga sebab ada dia. Thats why i get mad on myself remembering his expectation to see one of us to be like him one day. Thats okay. He did not mind at all. I wish to at least maximizing his proud moment of me. I just wish to love all of you more than i love myself. I just wish that Allah will grant my wish to see all of you in His Mercy. May Allah love you whenever you are. 

p/s: Kalau tak nak jadi doktor, boleh jadi businessman. I am your big fan. 

Yang Benar.
Love :*

  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan