Selamat Hari Bapa

By call me cherry - June 19, 2017


Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki semestinya. Tak kira la dah kawin atau belum. Tanggungjawab itu masih ada. Untuk adik-adik, untuk mak ayah dan untuk keluarga. Sebenarnya hari-hari adalah hari special untuk insan yang kita sayang.

Dad is always a king to my heart!

Ayah bukan seseorang yang selalu ada dengan kami. Tapi dia selalu ada sewaktu kami memerlukan. Dia ada waktu nak masuk tadika. Dia ada waktu nak masuk asrama. Dia ada waktu nak masuk universiti. Dia ada waktu graduasi. Dia ada waktu hari raya. Dia ada waktu pertama kali guna kereta auto lepas dapat lesen. Dia ada waktu hari sukan sekolah. Sukan sekolah ada 6 kali untuk 6 tahun tapi dia ada untuk 4 kali. Cukup bagus dah tu. Dia ada waktu aku beli kereta pertama. Dia ada waktu beli printer mahal pertama. Dia yang belikan henfon pertama. Dia yang belikan laptop pertama. Dia cuma takda waktu meeting sekolah. Dia takda waktu mendaftar sekolah. Dia takda waktu aku jatuh sebab nak belajar naik motor. Dia takda waktu aku nak bagitahu masalah keremajaan aku. Bila dia takda mama ada. Automatik mama bagitahu ayah. Automatik rasa ayah ada juga. 

Aku tak dapat bayangkan macam mana dia boleh buat kerja yang sama, kerja yang dia idamkan sejak 30 tahun lepas. Mengeluh tapi dia rileks lagi penatkan diri kerja sampai lebam. Aku tak boleh challenge dia yang ini. Kecekalan hati. Sampai aku rasa lemah sebab terlalu nak jadi macam dia, dan hakikatnya aku generasi yang tak kuat berdepan realiti kehidupan. 

At work, dad is an engineer, at home dad is always a dad. 

Dulu, aku selalu tidur celah kaki dia sambil dia buai kaki. Aku main-main belakang dia. How time flies and how i missed the memory. Still, i am his very little baby girl. I just don't want to grow that fast realising dad is going to grow older too. Dad, i just want you to know that i really love you dunya akhirat. I rarely show my affection cause i hold d'ua for both of you so dearly. I just hope Allah will grant Jannah for my lovely angel, dad and mama. 





Yang Benar,
Baby girl. 

  • Share:

You Might Also Like

0 daun pandan